​​Ansu Fati makin hampir perkuat Barcelona

Shaiful Shamsudin
Ogos 25, 2021 03:05 MYT
Penyerang Barcelona, ​​Ansu Fati, kembali berlatih bersama skuad pasukan utama kelab LaLiga itu selepas lama tersisih gara-gara kecederaan.
Pemain berusia 18 tahun itu terlepas pusingan kedua musim lalu selepas terkoyak meniskus di lutut kirinya pada November 2020.
Fati mengalami kecederaan itu dalam kemenangan 5-2 Barcelona ke atas Real Betis di Camp Nou hingga terpaksa menjalani tiga pembedahan.
Bagaimanapun, foto kelibat pemain antarabangsa Sepanyol itu kembali di padang latihan, Ciutat Esportiva Joan Gamper, di Barcelona dirakam semalam.

?♥️ You love to see it. pic.twitter.com/sWxPSkqrgL

— FC Barcelona (@FCBarcelona) August 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun dia tidak akan dipertaruhkan untuk perlawanan LaLiga dengan Getafe, hujung minggu ini, Fati mungkin akan terlibat dalam perjalanan Barcelona ke Sevilla pada 11 September depan.
Penyerang itu muncul penjaring gol termuda Barca -- berusia 16 tahun dan 304 hari -- ketika menjaringkan gol ke atas Osasuna pada Ogos 2019.
Sejak itu, Fati menyumbat 12 gol lagi dalam 42 penampilan untuk Blaugrana yang disertainya ketika berumur 10 tahun.
Pemain kelahiran Guinea-Bissau itu tampil empat kali bersama Sepanyol dan menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Ukraine pada September 2020.
#Barcelona #LaLiga