Janne Andersson berang dengan sikap tidak profesional Jerman selepas mereka meraih kemenangan 2-1 ke atas Sweden, Sabtu lalu.

Pengurus Sweden itu tidak berpuas hati apabila sebahagian skuad Jerman daripada bangku simpanan meraikan jaringan Toni Kroos pada minit ke-85 -- jaringan yang mengubah persaingan Kumpulan F.

Persatuan Bolasepak Jerman telah memohon maaf di atas insiden tersebut tetapi Andersson kekal dengan pendiriannya.

"Sangat biadap, mereka mengejek kami, perkara yang tidak terlibat dalam bola sepak," katanya.

"Saya memahami emosi di atas padang tetapi sikap kurang profesional yang dipamerkan lawan sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.

Kapten Sweden, Andreas Granqvist, menambah, "Saya tidak nampak apa yang telah berlaku, saya berada di atas padang tetapi saya telah melihat insiden tersebut selepas perlawanan dan ia merupakan sikap kurang baik dipamerkan oleh pasukan Jerman.

"Ia merupakan sesuatu yang amat mengecewakan, bukan hanya kerana kami tewas, tetapi kelakuan mereka sesuatu yang tidak boleh diterima."