Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior, perlu terus bersikap rendah diri jika mahu terus meningkat kualitinya selepas membuat permulaan mengagumkan pada musim ini, menurut pengurus kelab, Carlo Ancelotti.

Pemain berusia 21 tahun itu telah memainkan peranan penting untuk meletakkan Madrid di puncak LaLiga selepas 13 perlawanan.

Hanya rakan sepasukan, Karim Benzema, yang menjaringkan lebih banyak gol (10) dalam kancah utama Sepanyol berbandingnya yang mencetak lapan gol -- ia jumlah terbanyaknya sepanjang tiga musim lalu.

Penyerang itu telah melancarkan 89 percubaan dan menyempurnakan 41 gelecek berbanding pemain lain dalam Liga Juara-Juara untuk berada di belakang tonggak Young Boys, Moumi Ngamaleu (42).







Pemain antarabangsa Brazil itu juga telah mencatat tiga bantuan gol dalam di peringkat Eropah.

Namun, Ancelotti percaya pemain kelahiran Brazil itu mampu bertambah baik.

"Oleh kerana corak permainannya, dia menjadi pemain yang paling sukar diduga, tidak ramai pemain yang melakukan perkara sebegini ketika ini," kata pengurus berpengalaman itu.

“Dia perlu meningkat kerana satu lawan satu adalah penting dalam bola sepak tetapi ia bukanlah aspek paling mustahak.

"Tetapi dia sentiasa merendah diri untuk memperbaiki persembahannya dan belum berpuas hati dengan apa yang telah dilakukannya; dia mahu belajar dan dia perlu belajar.

"Fikirannya dalam keadaan baik -- dia tidak menganggap dirinya sebagai seseorang yang telah memenangi segala-galanya; dia mempunyai keazaman sebagai pemain muda yang fikir dia perlu bertambah baik."