Ancelotti puas hati perkembangan menarik Everton, James

Shaiful Shamsudin
September 19, 2020 23:05 MYT
EVERTON 5 WEST BROM 2
Carlo Ancelotti menyatakan Everton sedang melalui detik baik yang menyaksikan Dominic Calvert-Lewin melakar hatrik manakala James Rodriguez kembali mempamerkan aksi mempesonakan dalam kemenangan 5-2 ke atas West Brom, malam tadi.
Bekas pengurus Milan dan Real Madrid itu berkata barisan pemainnya agak kagum dengan jurang kemenangan itu selepas kad merah ke atas pemain West Brom, Kieran Gibbs, membantu pasukan tuan rumah.
Everton memungut enam mata maksimum setakat ini -- mereka memulakan kempen dengan kemenangan di Tottenham -- dan menunjukkan tanda-tanda peningkatan ketara untuk memperbaiki pencapaian di tempat ke-12 musim lalu.
Ancelotti menerusi BT Sport memberitahu bahawa dia gembira dengan gandingan Calvert-Lewin dan penyerang Brazil, Richarlison, sambil James yang berperanan di belakang mereka terus menyerlah sejak dipancing daripada Real Madrid.

? | When Carlo speaks, we all listen.@MrAncelotti's #EVEWBA verdict is in... ? pic.twitter.com/AvFG7dLhad

— Everton (@Everton) September 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya telah melihat cita-cita yang lebih tinggi, motivasi dan fokus yang lebih tinggi, jadi segalanya bagus buat masa ini tetapi kami harus terus memberi perhatian memandangkan setiap perlawanan boleh menjadi sukar," kata pengurus berbangsa Itali itu.
James memberi aksi berkesan di peringkat awal kariernya bersama The Toffees apabila menyumbang kedua dan Ancelotti berkata: "Dia membuatkan bola sepak menjadi mudah. ​​Dia bermula dengan sangat baik. Saya sangat gembira bagi pihaknya.
"Dia masih mempunyai keinginan yang kuat untuk beraksi dan dia suka dengan corak permainan kami."
#Carlo Ancelotti #Everton #West Brom #James Rodriguez #Dominic Calvert-Lewin