JUVENTUS 4 NAPOLI 3

Carlo Anceloti berkata dia masih kecewa sekiranya Napoli mengikat Juventus 3-3 selepas pasukannya terlepas peluang untuk meraih mata di Turin.


Pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly, terjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-92 untuk juara Serie A, Juventus, meraih kemenangan 4-3, awal pagi tadi.

Juve di landasan tepat untuk meraih kemenangan apabila mendahului menerusi gol Danilo, Gonzalo Higuain dan Cristiano Ronaldo sebelum Kostas Manolas, Hirving Lozano dan Giovanni Di Lorenzo kembali mengikat kedudukan buat Napoli.

Manolas dan Lozano menjaringkan gol yang hanya berselang dua minit sebelum Di Lorenzo menjaringkan gol penyamaan, namun Koulibaly tertampan bola daripada sepakan percuma Juve ke gawang sendiri

Ancelotti tidak berpuas hati dengan prestasi pemainnya selepas ditewaskan pada saat-saat akhir dan kecewa dengan peluang yang disia-siakan gara-gara prestasi buruk di Stadium Allianz itu.

"Juventus memiliki perwatakan dan qualiti yang lebih baik, kami sedar mereka sentiasa meningkatkan permainan ketika waktu sukar," kata pengendali Napoli itu kepada Sky Sports.

"Kami boleh bersaing, namun kami melepaskan peluang hari ini.

"Apa yang paling jelas, (terdapat) satu jam yang kami tidak bermain.

"Ia amat mengecewakan.

"Saya tetap akan kecewa jika kami menamatkan perlawanan dengan 3-3 kerana prestasi kami masih sama.

"Koulibaly tidak menyertai tugasan antarabangsa, jadi dia berpeluang untuk berlatih dan fokus untuk mencari prestasi sebenarnya sepanjang dua minggu ini," katanya.

Ancelotti menambah: "Ia bukanlah ujian yang positif kerana kami beraksi buruk selama sejam.

"Selepas itu, kami kembali ke landasan sebenar dan mungkin boleh menamatkannya dengan 3-3 atau 4-3, namun ia tidak akan mengubah fakta bahawa prestasi kami masih tidak mencukupi.

"Perlawanan berubah kerana Juve fokus untuk melakukan serangan balas selepas mendahului 3-0 dan kami mengawal permainan.

"Lozano menambah sengat di bahagian serangan, namun ia bukanlah tentang dirinya sahaja.

"Kami membenarkan Juve untuk menekan kami, Fabian Ruiz tidak dijaga sepanjang babak pertama dan kami tidak menemuinya, kerana ada ruang untuk melakukan serangan balas tetapi kami tidak menggunakannya.

"Di bahagian pertahanan kami terdapat tujuh atau lapan pemain ketika gol Gonzalo Higuain dan Cristiano, jadi kami bukanlah terperangkap dengan serangan balas.

"Kami tidak dapat menemui Fabian Ruiz tetapi kami memperbaikinya dalam babak kedua dan dia dapat memberikan ancaman kepada mereka.

"Bukan masalah individu atau teknik di bahagian pertahanan.

"Kami bolos tujuh gol dalam dua perlawanan kerana seluruh pasukan tidak cukup berkorban untuk membantu menyelesaikannya," tambahnya.