Ancelotti cabar Real kekalkan intensiti tinggi hingga penamat musim

Ammar Hakim
Mei 13, 2022 04:18 MYT
Carlo Ancelotti telah mencabar Real Madrid untuk mengekalkan aksi cemerlang mereka menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara dengan Liverpool 28 Mei ini.
Los Blancos, yang dinobatkan sebagai juara LaLiga dua minggu lalu, membelasahkan Levante 6-0 sekaligus menyingkirkan mereka dalam saingan utama Sepanyol awal pagi tadi di Santiago Bernabeu.
Vinicius Junior menjaringkan hatrik pertamanya untuk kelab itu dalam penampilan ke-168nya, dengan Ferland Mendy, Karim Benzema dan Rodrygo turut menemui jaringan.
Tandukan Benzema menyaksikan dia kini setanding dengan Raul sebagai penjaring terbanyak kedua terbanyak sepanjang zaman Madrid dengan 323 gol.
Kemenangan itu menyusuli kekalahan El Derbi Ahad kepada Atletico Madrid, dan Ancelotti berkata dia menjangkakan pemainnya akan memberikan 100 peratus dalam baki dua perlawanan liga mereka sebelum pertembungan dengan pasukan kendalian Jurgen Klopp.

323 - Karim Benzema ?? has equaled Raúl González as the second @realmadriden Top Scorer (323), only Cristiano Ronaldo netted more for "The Whites" ever (450). Monsieur#RealMadridLevante#RM ?? pic.twitter.com/fyPf0g1WJG

— OptaJose (@OptaJose) May 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami bermain dengan baik dan keyakinan kami telah meningkat dengan ketara," katanya.
"Kami mempunyai cabaran untuk bermain di final selepas memenangi liga. Kami tahu bahawa terdapat kekurangan masa dan kami perlu mempunyai intensiti.
"Pasukan menunjukkan tanda-tanda yang sangat baik. Kami berusaha dengan sangat baik di atas padang. Kami telah melakukannya dengan baik, dengan rentak dan intensiti. Itulah yang kami mahu, intensiti tinggi untuk dinamik pasukan."