Ancelloti enggan bincang tentang Mbappe selepas atasi Real Betis

Ammar Hakim
Ogos 29, 2021 03:17 MYT
Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti menolak spekulasi mengenai bintang Paris Saint-Germain dan sasaran perpindahan Los Blancos, Kylian Mbappe.
Real dilaporkan sedang berunding dengan PSG dalam usaha untuk membawa Mbappe ke Bernabeu di tengah-tengah perbincangan mengenai tawaran EURO170 juta serta EURO10 juta sebagai tambahan untuk pemain antarabangsa Perancis itu.
Mbappe masih memiliki setahun dalam kontraknya tetapi Real tekad mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu -- yang telah menjaringkan 133 gol dalam 174 perlawanan buat PSG -- sebelum tamat jendela perpindahan musim ini.
Ancelotti ditanya mengenai Mbappe selepas Real mengatasi Real Betis 1-0 semalam, namun dia enggan menjelaskan kemungkinan pemain kebangsaan Perancis itu berpindah ke Santiago Bernabeu.
"Kita seharusnya terus berbincang mengenai perlawanan ini kerana selebihnya adalah perihal yang perlu diselesaikan kelab, yang mengusahakannya," kata Ancelotti kepada wartawan.
"Saya tidak tahu perinciannya pada peringkat ini."

5 - Karim Benzema ?? has been involved in five goals in his first three games of a @LaLigaEN season (two goals and three assists) for the first time in his @realmadriden career. Exquisite. pic.twitter.com/7Cs5n7qai1

— OptaJose (@OptaJose) August 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #Carlo Ancelotti #Kylian Mbappe #Paris Saint-Germain