SENEGAL 2 KOREA SELATAN 0

Senegal meraih kemenangan 2-0 ke atas Korea Selatan dalam perlawanan persahabatan terakhir mereka menjelang Piala Dunia 2018.


Pasukan yang dikemudi Aliou Cisse itu dikalahkan Croatia di Osijek pada Jumaat lalu, sekali gus mengakhiri empat perlawanan tanpa kemenangan hasil gol sendiri dan penalti sumbangan Moussa Konate.

Perlawanan yang berlangsung di gelanggang tertutup di bandar Grodig, Austria itu buntu sehinggalah minit ke-69 apabila pemain pertahanan Guangzhou Evergrande, Kim Young-gwon, tertampan bola ke gawangnya sendiri.

Korea memberi tekanan untuk jaringan penyamaan, namun kekalahan keempat mereka dalam enam perlawanan hampir menjadi kenyataan apabila Konate menjaringkan gol pada masa kecederaan.

Korea akan memulakan kempen Piala Dunia di Russia menentang Sweden di Nizhny Novgorod pada 18 Jun, sementara Senegal akan turun beraksi melawan Poland di Moscow, sehari kemudian.