Bek kanan Juventus, Dani Alves, percaya dia amat dirindui oleh Barcelona menjelang aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) di Turin.

Alves menamatkan lapan musim di Nou Camp dengan menandatangani kontrak dua tahun bersama Juventus pada Jun 2016 dan bakal berdepan bekas pasukannya buat pertama kali.

Pemain berusia 33 tahun itu akan berasa janggal dan memiliki emosi yang bercampur-baur bagi menghadapi perlawanan ini.

"Saya pasti mereka amat merindui saya," kata Alves.

"Saya berpendapat mereka menghargai saya secara profesional dan pemain bola sepak. Barcelona telah menjadikan saya seorang pemain yang unik."

Juve tidak bolos selama 351 minit dalam saingan UCL dan Alves menerangkan kualiti pertahanan yang dimiliki oleh Gianluigi Buffon, Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci adalah kunci mereka untuk berdepan Barcelona.

"Mereka adalah legenda sukan ini. Mereka adalah pertahanan yang hebat, saingan di Itali sangat terkenal dengan taktik bertahan dan mereka adalah antara pemain yang terbaik."