Allardyce puji persembahan Aanholt, Sakho

Jon Fisher
Februari 25, 2017 18:25 MYT

CRYSTAL PALACE 1 MIDDLESBROUGH

Pengendali Crystal Palace, Sam Allardyce, memuji persembahan Patrick van Aanholt dan Mamadou Sakho ketika membantu pasukan meraih kemenangan 1-0 ke atas Middlesbrough, semalam.
Van Aanholt dan Sakho, yang menyertai The Eagles ketika jendela perpindahan bulan lalu, merupakan pemain yang berpengaruh membantu pasukan meraih tiga mata penuh serta keluar daripada zon penyingkiran.
Pemain kebangsaan Belanda itu meledak gol tunggal perlawanan dalam separuh masa pertama dan Sakho membantu pasukan mematahkan percubaan daripada penyerang lawan.
"Persembahan dalam babak pertama perlawanan telah menjamin kemenangan buat kami.
"Saya sangat berpuas hati dengan kualiti jaringannya, saya berharap dia mampu menghasilkannya dalam perlawanan akan datang.
"Sakho turut bermain dengan baik. Ini merupakan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertamanya buat musim ini.
"Pengalamannya berjaya membantu pasukan mengelak daripada ditembusi."

⚽️?? @CPFC pic.twitter.com/sLbZYD9SUR

— Mamadou Sakho (@mamadousakho) February 25, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.