Allardyce dilantik sebagai pengurus Crystal Palace

Joe Wright
Disember 23, 2016 15:04 MYT
Crystal Palace mengumumkan perlantikan bekas pengurus England, Sam Allardyce, sebagai pengganti Alan Pardew di Selhurt Park.
Pengendali berusia 62 tahun itu telah bersetuju dengan kontrak selama dua setengah tahun bagi menggantikan Alan Pardew yang dipecat pada Khamis.
Ia merupakan tugas pertama yang diambil oleh Allardyce sejak meninggalkan jawatan sebagai ketua jurulatih England.
Allardyce mengambil alih Palace secara serta-merta dan membuat persiapan untuk aksi ketika berkunjung ke Watford sehari selepas Krismas.

The new manager has said he's impressed with the ambition at #CPFC. Watch his first interview for free on https://t.co/TTogt72Aro now. pic.twitter.com/U7Yqe8DrA7

— Crystal Palace F.C. (@CPFC) December 23, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengerusi kelab, Steve Parish berkata, “Kami sangat gembira kerana mendapat pengurus pasukan dan bertuah kerana memiliki seorang pengendali yang berpengalaman seperti Sam."
Pardew diminta untuk melepaskan jawatannya oleh Parish selepas sekadar melakar empat kemenangan dalam 17 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.