Trent Alexander-Arnold sudah bebas daripada berasa sebarang kesakitan dan kini sedia untuk kembali membantu Liverpool selepas pulih daripada kecederaan paha.

Pertahanan kanan berkenaan mengalami kecederaan itu ketika England menewaskan Austria 1-0 dalam perlawanan persahabatan 2 Jun lalu dan tidak dapat disenaraikan dalam Euro 2020.

Dia kini sudah mula menjalani latihan penuh bersama The Reds dalam kem latihan di Austria dan mungin akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan mini selama 30 minit menentang Wacker Innsbruck dan Stuttgart.

"Saya sudah bebas sepenuhnya daripada kesakitan. Saya sudah banyak melakukan pemulihan apabila diberikan waktu rehat sepanjang musim panas ini bersama ahli fisiologi dan pegawai perubatan, di mana ia sesuatu yang bagus," katanya dalam laman web rasmi Liverpool.

"Saya berasa cergas, saya berasa sihat dan saya kini sudah kembali menjalani latihan penuh, jadi ia sesuatu yang bagus. Ia baik untuk saya.

"Saya sudah melengkapkan beberapa sesi dengan rakan sepasukan. Saya berasa amat cergas untuk bermain tetapi keputusannya terletak di tangan pengurus, staf dan pegawai perubatan terutamanya.

"Kami perlu berbincang mengenai risikonya. Jika tidak, masih ada perlawanan pada Jumaat ini (menentang Mainz).

"Sama ada saya dapat bermain beberapa minit esok atau beberapa minit Jumaat ini, ia mungkin melegakan saya, saiapa tahu? Apapun, saya sudah bersedia untuk bermain," katanya.