Trent Alexander-Arnold menerima tekanan untuk Liverpool memenangi sekurang-kurangnya satu trofi setiap musim.

Dalam masa sama, Alexander-Arnold mengetahui trofi tidak akan hadir dengan mudah, dengan menyatakan Manchester City yang dibarisi bintang masih belum memenangi Liga Juara-Juara (UCL).

Masih berusia 23 tahun, bek kanan England itu sudah pun memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan UCL, serta memegang pingat dalam Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab.

Liverpool kekal memburu trofi dalam empat barisan musim ini walaupun mengekori juara bertahan City dengan sembilan mata dalam liga, walaupun dengan satu perlawanan dalam tangan.

Skuad The Reds boleh dikatakan yang terbaik ketika ini, dengan pemain seperti Ibrahima Konate dan Luis Diaz telah meningkatkan kekuatan secara mendalam sepanjang dua jendela perpindahan yang lalu.

Bakat tempatan Alexander-Arnold telah menyedari perubahan dalam jangkaan sejak beberapa musim lalu tetapi tidak berasakan terdapat kekurangan kejayaan berhubung dengan kekuatan persembahan.

"Kami tidak berasa kecewa kerana tidak memenangi trofi dengan banyak. Kami berasakan trofi yang kami menangi adalah yang terbesar dan yang terbaik yang anda boleh dapatkan," katanya, menjelang pusingan pertama peringkat 16 UCL bertemu Inter.

“Jelas sekali, saya tidak mengkritik mana-mana pauskan, tetapi anda melihat pasukan Man City yang menakjubkan dan mereka tidak mampu memenangi UCL.

"Mereka telah memenangi beberapa gelaran EPL tetapi tidak memenangi UCL; kami telah memenangi kedua-duanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jadi ia menunjukkan kami mampu melakukannya dalam kedua-dua pertandingan.

"Tetapi saya fikir ada jangkaan sekarang sebagai sebuah pasukan, sebagai pemain, untuk memenangi trofi. Satu trofi minimum musim adalah apa yang kami mahu capai dengan skuad yang kami ada, pemain, pengurus. Kami sepatutnya memenangi trofi; jika kita tidak melakukannya, ia amat mengecewakan."