Bekas bintang AC Milan dan Itali, Demetrio Albertini, telah mencabar Gianluigi Donnarumma untuk menyamai pencapaian Gianluigi Buffon selepas dia mengambil alih tempat penjaga gol Juventus itu pada masa akan datang.

Donnarumma berkhidmat sebagai penjaga gol nombor dua Itali dan Buffon kini telah meraih penampilan ke-171 untuk Itali ketika meraih kemenangan ke atas Israel, Rabu lepas.

Albertini berasakan Donnarumma sudah berkebolehan untuk mengisi tempat Buffon dan mencabarnya untuk mengikut jejak langkah penjaga gol veteran itu untuk menjuarai Piala Dunia pada masa akan datang.

"Donnarumma sudah bersedia menggantikan tempat Buffon," kata Albertini.

"Bagaimanapun, Buffon masih lagi belum selesai dengan bola sepak. Mungkin masih terlalu awal untuknya.

"Kami memiliki dua penjaga gol yang berada di tahap tertinggi. Saya percaya Donnarumma memiliki masa depan yang cerah kerana dia seorang yang berbakat.

"Dia perlu bekerja keras untuk mencipta sejarah untuk menyamai pencapaian Buffon."