Alami kecederaan, Hadi Fayyadh terlepas aksi pertama Numazu

Ammar Hakim
Mac 20, 2021 09:25 MYT
Penyerang Bola Sepak Kebangsaan Negara Bawah 23 Tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang kini beraksi bersama Kelab Azul Claro Numazu, sebuah kelab yang beraksi di Divisyen 3, terlepas aksi pertama bersama pasukan itu hari ini menetang pasukan Imabari FC akibat kecederaan semasa sesi latihan pasukan.
Walaubagamapun kecederaan tersebut tidak serius, namun memerlukan sedikit masa untuk beliau kembali semula ke dalam pasukan.
“Saya merasa sedikit sedih kerana tidak dapat beraksi bersama pasukan ini pada aksi pertama pasukan hari ini kerana saya mengalami sedikit kecederaan di kaki yang memaksa saya untuk menjalani proses pemulihan selama beberapa minggu. Kecederaan ini berlaku ketika saya menjalani latihan bersama pasukan. Walaubagaimanapun, ianya tidak berapa serius, Cuma perlukan sedikit masa untuk pulih semula. “
“Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya dan pasukan ini. InsyaAllah, I will come back stronger” ulas Hadi kepada pihak media melalui kenyataan yang di keluarkan oleh pihak Yakult Malaysia selaku pihak yang bertanggungjawab membawa Hadi ke sana.
Mulai musim ini juga, penonton di Malaysia dapat menyaksikan 28 perlawanan yang melibatkan Hadi Fayadh dan pasukan Azul Claro Numazu melalui slauran 801 & 802 Astttro hasil kerjasama di antara pihak Astro dan Jleague. Perkara ini juga menjadi berikutan permintaan yang tinggi dari peminat bola sepak di Malaysia yang ingin melihat aksi Hadi Fayadh di Liga 2021 Meiji Yusada J3 Jepun sebagaimana kenyataan media yang di keluarkan oleh pihak Jleague.