Alaba tidak sabar turun beraksi bersama Real Madrid

Ammar Hakim
Mei 29, 2021 19:18 MYT
David Alaba menantikan debutnya di Real Madrid setelah meninggalkan juara Bundesliga, Bayern Munich untuk menyertai Los Blancos.
Real -- dalam usaha mendapatkan ketua jurulatih baru berikutan Zinedine Zidane yang mengambil keputusan untuk meletak jawatan -- mengesahkan ketibaan Alaba secara percuma selepas kontraknya di Bayern berakhir, bintang Austria itu menandatangani kontrak lima tahun bersama gergasi LaLiga itu.
Berikutan pengesahan Jumaat lalu, Alaba bercakap menerusi media sosial mengenai perpindahannya ke Sepanyol selepas memenangi 27 gelaran bersama Bayern.
"Saya meninggalkan sebuah kelab istimewa untuk menyertai satu lagi kelab yang istimewa," katanya.
"Setelah bertahun-tahun di Munich, saya akan menyahut cabaran baru ini dan melakukan yang terbaik untuk meneruskan sejarah kelab istimewa ini.
"Saya tidak sabar untuk menyarung jersi putih ini, di hadapan anda semua, peminat Real Madrid.
"Saya yakin bahawa pengalaman ini akan penuh dengan kejayaan."

Dejaré un club especial para otro club especial. Estoy realmente feliz de poder formar parte del Real Madrid. Después de tantos años en Múnich, asumiré este nuevo reto y daré mi mejor para continuar la historia de este club especial. @realmadrid pic.twitter.com/FFYQTI1RAr

— David Alaba (@David_Alaba) May 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #David Alaba #LaLiga