David Alaba berharap dapat membentuk barisan pertahanan ampuh bersama Raphael Varane di Real Madrid, walaupun ada spekulasi yang menghubungkan pemain antarabangsa Perancis itu dengan Manchester United.
Alaba menyertai Real secara percuma berikutan berhijrah meninggalkan Bayern Munich, di mana dia telah menjuarai 27 trofi sepanjang 13 musim.
Pemain kebangsaan Austria itu diperkenalkan semalam, di mana didedahkan bakal menyarung jersi nombor empat yang dikosongkan oleh Sergio Ramos, yang telah menyertai Paris Saint-Germain.
Alaba berharap dapat membentuk gandingan ampuh bersama Varane -- dan berharap tidak mengikut jejak langkah veteran Sepanyol itu meninggalkan Santiago Bernabeu.
"Sudah tentu saya suka bermain dengan Ramos," katanya kepada wartawan. "Dia adalah seorang ketua, itu akan menggembirakan.
"Varane, tentu saja saya ingin bermain dengannya. Dia adalah pemain yang telah bermain bola sepak yang sangat baik.
"Dia adalah pemain pertahanan yang hebat dan memiliki kualiti yang sangat baik."
Ammar Hakim
Thu Jul 22 2021