Real Madrid telah mengesahkan bahawa pemain baru, David Alaba, telah diuji positif coronavirus.

Alaba, yang bermain untuk Austria dalam Euro 2020, bersetuju menyertai Real selepas kontraknya bersama Bayern Munich berakhir, menamatkan karier di Jerman dengan memenangi 27 gelaran.

Pemain berusia 29 tahun itu -- yang mengambil jersi nombor 4 ditinggalkan Sergio Ramos -- secara rasmi diperkenalkan di Santiago Bernabeu pada 21 Julai.



Namun, persiapan pra-musimnya terjejas selepas diuji positif COVID-19.

Real mendedahkan berita tersebut dalam satu kenyataan ringkas di laman web rasmi mereka. Mereka tidak menjelaskan sama ada Alaba tidak bergejala.

Alaba, yang telah menandatangani perjanjian lima tahun dengan Los Blancos, adalah pemain kedua Real yang positif dalam beberapa minggu, setelah Karim Benzema juga dijangkiti virus itu.

Dengan Real bersetuju untuk menjual Raphael Varane ke Manchester United, Alaba dijangka memimpin benteng pertahanan pasukan musim ini.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti tewas 2-1 kepada Rangers dalam aksi persahabatan pra musim Ahad lalu -- Alaba tidak beraksi, tetapi telah berlatih bersama pasukan.