Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak, belum tentu boleh menagih kudrat Renan Alves bagi pertemuan dengan Sabah walaupun tonggak pertahanan itu direhatkan ketika tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi pembuka tirai Liga Super 2021.

Aidil turut berkongsi bersama Shahrazad Sani mengenai situasi kecederaan yang mungkin memaksa pembentukan semula barisan pertahanan termasuk tanpa penjaga gawang utama, Ifwat Akmal Che Kassim.

"Mengenai Alves, ia bergantung kepada keputusan penilaian yang dilakukan dalam sesi latihan. Ia bergantung kepada risiko yang mahu kami ambil dan berdasarkan prestasinya dalam sesi latihan," kata Aidil.

"Ifwat tidak akan beraksi dalam tempoh tiga minggu, ia tidak begitu serius sementara pemain lain tidak berdepan isu kecederaan dan berharap ia tidak akan berpanjangan selepas ini."