Jika penyokong Arsenal menyangka kekalahan 5-1 di Allianz Arena bulan lalu adalah sesuatu yang memeritkan, The Gunners telah membuktikan sebaliknya apabila pendahulu Bundesliga, Bayern Munich, mengulangi keputusan yang sama di Stadium Emirates.

Bayern mengulangi kejayaan aksi pertama dengan meraih kemenangan 5-1 ke atas Arsenal di Stadium Emirates, pasukan tuan rumah mendahului perlawanan hasil jaringan Theo Walcott dalam separuh masa pertama, namun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Laurent Koscielny dibuang padang kerana melakukan kekasaran ke atas Robert Lewandowski.

Penyerang kebangsaan Poland itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-55 sebelum Arjen Robben menggandakan jaringan 13 minit kemudian.

Pemain gantian, Douglas Costa, menyumbang satu gol sebelum pemain tengah kebangsaan Chile, Arturo Vidal, menjaringkan dua gol pada penghujung perlawanan.

Malang buat skuad kendalian Arsene Wenger, yang menjadi pasukan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) tewas dengan agregat terbesar, malah menjadi kelab kedua yang paling banyak dibolosi oleh sebuah pasukan.