Stoke City bakal kehilangan khidmat Ibrahim Affelay hingga hujung musim ini selepas pemain antarabangsa Belanda itu menjalani pembedahan terhadap kecederaan lututnya.

Affellay seringkali mengalami kecederaan berpanjangan dalam kariernya dan baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut selepas mengalami senario sama ketika di Barcelona.

Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu dijangka tidak akan beraksi musim ini selepas hanya membuat 13 penampilan bersama The Potters musim ini.

"Dukacita dimaklumkan Affellay mengalami masalah dengan lutut kakinya dan dijangka akan diketepikan selama lima minggu," pengendali, Mark Hughe, memberitahu media.

"Dia sudah pulang ke Barcelona untuk berjumpa pakar bedah yang pernah merawatnya sebelum ini.

"Terdapat masalah dengan lututnya dan kami berharap segalanya dapat diselesaikan.

"Dengan hanya enam perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, hampir pasti dia tidak akan beraksi lagi."