Sadio Mane menebus kesilapan penalti sebelum ini dengan melengakapkan penentuan penalti ketika Senegal merangkul kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika pertama mereka dengan kemenangan 4-2 ke atas Mesir.

The Lions of Teranga tewas pada final 2019 kepada Algeria, tetapi mereka akhirnya menjulang trofi di Stadium Olembe awal pagi tadi dengan kemenangan penentuan dramatik selepas 120 minit tanpa jaringan.

Mane menyaksikan sepakan penalti awal diselamatkan oleh Mohamed Abou Gabal dan dia bernasib baik kerana masih berada di atas padang untuk sepakan penalti setelah mengelak kad kuning kedua atas simulasi yang cuba dilakukan.

Penyerang Liverpool itu akhirnya menebus kegagalan terdahulu apabila melepaskan rembatan mengatasi Abou Gabal selepas Edouard Mendy menafikan percubaan Mohanad Lasheen.