GAMBIA O CAMEROON 2

Karl Toko Ekambi menyumbangkan kedua-dua gol untuk tuan rumah, Cameroon, menempah tempat ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCOM) dengan kemenangan 2-0 ke atas Gambia, awal pagi tadi.


Gambia telah mengejutkan ramai apabila berjaya melepasi peringkat peringkat kumpulan dalam penyertaan sulung mereka sebelum menyingkirkan Guinea dalam pusingan 16.

Perjalanan pasukan yang menduduki ranking ke-150 di dunia itu -- tepat 100 anak tangga di bawah Cameroon --- akhirnya menemui titik noktah hasil daripada sentuhan pemusnah Toko Ekambi di Stade Omnisport de Douala.




Cameroon mendominasi separuh masa pertama tetapi hanya mula menguji penjaga gol lawan, Baboucarr Gaye, melalui tandukan Vincent Aboubakar.

Selepas beberapa ketika cemerlang, tembok yang dibina Gaye itu dirobohkan penyerang Lyon, Toko Ekambi, yang menyambut hantaran Collins Fai dengan kepala, lima minit memasuki separuh masa kedua.

Harapan Gambia untuk melanjutkan kemaraan luar biasa mereka semakin malap, tujuh minit kemudian apabila Ekambi hanya perlu menyempurnakan hantaran lintang Martin Hongla dari jarak dekat.

Mesir atau Maghribi yang bertemu malam ini akan menanti Cameroon dalam separuh akhir.