Jaringan Sofiane Boufal cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 buat Maghribi ke atas Ghana dalam aksi pembukaan Kumpulan C Piala Negara-Negara Afrika di Stade Ahmadou Ahidjo.

The Black Stars dan The Atlas Lions kelihatan hampir berkongsi mata daripada perlawanan sehinggalah Boufal menemui jalan untuk membuka jaringan pada minit ke-83 di Yaounde.

Kapten skuad Maghribi, Romain Saiss, gagal untuk menggunakan peluang untuk membuka jaringan apabila dia menanduk hasil hantaran Boufal sebelum tamat separuh masa pertama yang cukup hambar.

Kualiti permainan tidak bertambah baik dalam separuh masa kedua, namun penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, menafikan percubaan Joseph Paintsil pada minit ke-72.

Boufal kemudian merampas kemenangan apabila dikawal rapi oleh Thomas Partey sekaligus tiada jalan kembali buat Ghana untuk mengejar permainan.