BURKINA FASO 2 TUNISIA 0

Aristide Bance masuk selaku pemain gantian untuk memacu Burkina Faso mengatasi Tunisia 2-0 dan mara ke separuh akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).


Ia seakan-akan perlawanan pertama peringkat suku akhir ini akan berlanjutan ke masa tambahan ketika kedua-dua pasukan bergelut untuk menguasai perlawanan di Libreville.

Tapi Bance, yang baru berada di padang selama empat minit, memastikan tambahan masa adalah tidak perlu apabila dia merembat masuk satu sepakan percuma ketika permainan berbaki 10 minit.

Sebarang keraguan segera lenyap apabila pemain berbahaya, Prejuce Nakoulma, menyempurnakan gol kedua dalam satu serangan balas pada minit-minit akhir.

Pengurus Burkina Faso, Paulo Duarte, harus berasakan kemenangan berhak diraih pasukannya dengan lebih penguasaan tetapi Nakoulma banyak mensesiakan peluang dalam separuh masa pertama manakala Traore dan Bance menyaksikan percubaan masing-masing dihampakan palang gol.

Bagi pengurus Tunisia, Henryk Kasperczak, harus ada sedikit kenangan, dengan pengurus berbangsa Poland itu turut mengendalikan Tunisia ketika mereka disingkirkan Burkina Faso pada peringkat yang sama dalam AFCON 1998.

Malang buat Tunisia pada minit ke-80 apabila Traore berpura-pura berbincang dengan Bance dalam satu situasi sepakan percuma lalu menguis untuk rakan sepasukannya itu meledakkan rembatan dari jarak 20 ela ke penjuru sebelah kanan pintu gol lawan.

Bance menyaksikan satu rembatannya melantun dari tiang sambil Nakoulma pula meluru dalam satu serangan balas dan memperdayakan penjaga gol, Kouakou Herve Koffi, untuk gol kedua Burkina Faso.