AFCON: Aboubakar makin berbisa

Shaiful Shamsudin
Januari 14, 2022 02:09 MYT
CAMEROON 4 ETHIOPIA 1
Ketua pasukan Cameroon, Vincent Aboubakar, memimpin pasukannya untuk dua sentuhan penyudah klinikal ketika tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) itu mencetak kemenangan 4-1 ke atas Ethiopia, malam tadi.
Dalam pertemuan di Stadium Olembe itu, Aboubakar dan Karl Toko Ekambi merobek gawang lawan untuk kemenangan kedua buat Cameroon.
Bagi Aboubakar, ini gol berganda keduanya dalam kempen AFCON setakat ini selepas turut menemui sentuhan pemusnah dalam aksi pembukaan ke atas Burkina Faso.
Bagaimanapun, Ethiopia terlebih dahulu membuatkan penonton tuan rumah tergamam dengan gol pembukaannya pada minit keempat menerusi penyudah jarak dekat Dawa Hotessa yang menghukum pertahanan goyah lawan.
Tetapi Cameroon bertindak balas dengan serta-merta apabila menyamakan kedudukan menerusi tandukan tipis Toko Ekambi pada minit kelapan -- walaupun cemerlang menepis rembatan 25 ela Aboubakar, penjaga gol Ethiopia, Teklemariam Shanko, tetap dikecewakan apabila Collins Fai mengutip bola muntah di sebelah kanan itu untuk umpanan silang buat Ekambi yang menyudahkannya secara klinikal.

2 - Both Cameroon and Ethiopia have scored in the opening 10 minutes in today's #AFCON2021 fixture, the same number of goals scored in this period across the other 12 previous fixtures in the competition so far. Fast. #CMRETH pic.twitter.com/dSUCrP6Em0

— OptaJean (@OptaJean) January 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekali lagi Fai menggunakan hantaran lintangnya untuk mengucar-ngacirkan Ethiopia bagi membolehkan tuan rumah 2-1 di depan pada minit ke-53 apabila jolokannya dari sebelah kanan memberi ruang buat Aboubakar menerkamnya dengan kepala.
Gol kedua peribadi Aboubakar tiba dua minit kemudian apabila penyerang itu menolak masuk hantaran lintang rendah Nicolas Moumi Ngamaleu dari jarak enam ela sebelum Ekambi memastikan gol keempat pasukannya dengan rembatan rendah kencang pada minit ke-67.
#Piala Negara-negara Afrika #AFCON