Pemikiran seperti seorang juara yang tidak dimiliki oleh pemain-pemain Tottenham Hotspur akan memberi kesan kepada cabaran England dalam Piala Dunia 2018, kata Tony Adams.

Bekas benteng The Three Lions itu yang mengetuai England ketika Kejohanan Eropah 1996, percaya Gareth Southgate melakukan kesilapan apabila memilih lima pemain daripada skuad Spurs.

Penggempur utama, Harry Kane, mengetuai senarai itu dan dia melaungkan keyakinan bahawa England mampu mencabar pesaing lain di Russia, namun Adams percaya ketiadaan kejuaraan di bawah bimbingan Mauricio Pochettino akan memberi kesan di arena antarabangsa.

"Anda harus mampu mengawal kemenangan secara mental serta emosi dan jika mereka gagal, ia tidak akan dapat dilakukan," kata Adams.

"Saya benar-benar risau melihat kelibat pemain-pemain Spurs kerana saya tidak rasa mereka tahu bagaimana untuk mencapai kemenangan.

"Mereka adalah pemain yang bagus tetapi dalam sesetengah persaingan, anda harus membuktikannya."

England bakal memulakan kempen di Russia pada 18 Jun ini menentang Tunisi, sebelum menyambung aksi peringkat kumpulan berdepan Panama dan Belgium.