ACL: JDT, Ratchaburi sama buntu

Shaiful Shamsudin
Julai 7, 2021 16:24 MYT
JDT 0 RATCHABURI 0
Johor Darul Ta'zim (JDT) terikat tanpa jaringan dengan Ratchaburi biarpun mempamerkan 61 peratus penguasaan untuk menutup kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, sebentar tadi.
Skuad kendalian Benjamin Mora itu mengakhiri kempen Kumpulan G yang berpusat di Stadium Rajamangala, Bangkok, itu di kedudukan ketiga selepas hanya mencatat satu kemenangan.
Kempen Harimau Selatan kali ini meledak satu gol iaitu menerusi Ramadhan Saifullah yang menemui sentuhan ketika bertemu pendahulu, Nagoya Grampus -- mara ke pusingan 16 -- Ahad lalu.
#JDT #ACL #Liga Juara-Juara Asia