Abraham nafi pilih Nigeria

Penulis Jemputan
September 22, 2017 02:31 MYT
Penyerang muda Swansea City, Tammy Abraham, menafikan dirinya telah memilih untuk mewakili Nigeria sambil menegaskan dia masih boleh menyarung jersi England.
Abraham yang kini dipinjamkan ke Swansea dari Chelsea telah beraksi buat pasukan B-18, B-19 serta B-21 England, namun berpeluang untuk memilih Nigeria kerana ayahnya berasal dari negara tersebut.
Presiden Persatuan Bola Sepak Nigeria (NFF), Amaju Pinnick, mendedahkan bahawa pihak yang bertanggungjawab sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat Abraham bagi skuad kebangsaan tetapi Abraham menolak situasi itu.
"Saya telah memberitahu Persatuan Bola Sepak England (FA) bahawa saya masih boleh bermain untuk The Three Lions.
"Ia bercanggah dengan laporan yang mengatakan saya bersetuju untuk menukar pasukan kebangsaan.
"Saya akui ada menemui presiden NFF selepas perlawanan menentang Tottenham Hotspur di Wembley pada Sabtu memandangkan dia adalah rakan kepada bapa saya.
#England #Swansea City #Nigeria #Liga Inggeris #Tammy Abraham