5 kekecewaan Liga Perdana Inggeris musim ini
November 10, 2016 23:20 MYT
Sementara Premier League rehat untuk memberi laluan perlawanan antarabangsa, kita ulas 5 kekecewaan musim 2016/2017 setakat ini.
1. Dimitri Payet
Pemain ulung musim lepas (dan kesayangan pengurus bolasepak fantasi) diserapkan semula secara perlahan ke dalam pasukan West Ham selepas penglibatannya dalam kecemerlangan France sewaktu perlawanan Euro, tetapi mendapati West Ham kini bergelut pelbagai masalah.
2. Paul Pogba
Bagaimanapun, permainan terakhirnya sudah mula nampak tanda-tanda peningkatan, jadi kita tunggu dan lihat. Lebih cepat Jose Mourinho menyelesaikan cara bermain untuk Manchester United yang membolehkan Pogba bermain pada tahap maksimum, lebih cepat prestasinya akan bertambah baik.
Oh ya…
3. Jose Mourinho
Bukan dari segi pengurusannya, meskipun nampak seperti Manchester United kurang cemerlang, mereka tetap di tangga ke enam ketika ini. Tidaklah sebaik yang diharapkan, tetapi tidak juga seburuk seperti yang sering diperkatakan media. Dan sejarah telah membuktikan Mourinho masih mampu memperbaiki prestasi Manchester United, kalau tidak musim ini, musim hadapan.
Tetapi ini lebih kepada Mourinho sendiri. Satu ketika dahulu, semua menantikan kata-katanya yang pasti menarik. Kata-kata yang sentiasa menghiburkan, penuh kreativiti dan dijadikan bahan perbualan di media. Tidak lagi. Kini, dia selalu suram, jarang senyum, mengkritik pemainnya sendiri dan sekarang pula menuduh pemainnya tidak cukup berani untuk bermain dengan kecederaan. Chris Smalling salah seorang darinya, tetapi kini dia telah patah jari kakinya, dan ini memalukan Mourinho sendiri.
Saya rindukan Mourinho yang saya kenali dahulu, apabila ditanya tentang tekanan untuk memenangi piala Premier League berturut-turut, mengatakan: “Tekanan? Tak. Bagi saya, tekanan ialah jangkitan selsema burung. Serius. Saya lebih tertekan memikirkan angsa di Scotland. Awak gelak tetapi saya serius, dekat je Scotland tu. Saya lebih takutkan angsa dari bola sepak. Apakah bola sepak kalau berbanding kehidupan?” Dan siapa boleh lupakan analoginya tentang telur dan telur dadar?
4. Odion Ighalo
Di manakah hilangnya striker yang hangat pada pertengahan pertama musim lalu (13 gol dalam 5 bulan). Walaupun Watford kini di tangga ke 8 musim ini dengan cukup berkesan, namun sumbangan Ighalo dari segi gol terhad kepada 1 gol dan 1 assist, itupun dalam perlawanan yang sama (perlawanan 4-2 menentang West Ham).
2016 memang tahun yang buruk untuk Ighalo, gol semakin susah dicari dengan hanya 2 gol dari Januari hingga akhir musim lepas. Teori dahulu adalah Watford berhenti berjuang sepenuh hati setelah mereka mencapai mata yang diperlukan untuk memastikan mereka dapat beraksi dalam Premier League untuk musim seterusnya, tetapi penjelasan ini tidak dapat digunakan untuk Ighalo musim ini.
Mungkin kini dia menyesal tidak menerima tawaran lumayan dari China dahulu….
5. Swansea
Sejujurnya saya agak simpati dengan Swansea. Tidak lama dahulu, Swansea selalu diperkatakan sebagai satu contoh pengurusan kelab yang baik untuk kelab-kelab lain ikuti. Mereka dapat menjual pemain mereka yang kuat tetapi juga berjaya membawa masuk pemain yang berkualiti dengan harga yang tidak mahal. Sejak mereka naik ke Premier League 5 tahun yang lalu, mereka tidak pernah habis di tangga kurang dari tangga ke 12, walaupun musim lalu mereka agak sukar. Namun begitu, permulaan hambar mereka musim ini telah mengakibatkan Francesco Guidolin dibuang, manakala pengganti beliau iaitu Bob Bradley hanya memperolehi 1 mata dalam 4 perlawanan setakat ini. Dan pemain baru Swansea kali ini gagal menyerlah.
Sekarang ni ada satu jenaka yang sering kedengaran. Sekiranya mana-mana pasukan memerlukan galakan atau inspirasi, mainlah Swansea. Ini membuahkan hasil untuk Stoke, dan juga untuk Manchester United, pasukan yang sebelum itu terkapai-kapai mencari rentak. Dan siapa lawan mereka seterusnya? Everton, yang baru dibelasah Chelsea 5-0. Tanda-tanda ribut jelas kelihatan.
Akhir kata
Kalau anda masih memiliki wildcard, anda bernasib baik. Untuk kita yang lain, terpaksalah mengambil mata negatif dan mengharapkan yang terbaik…