Yaya Toure kini jurulatih remaja Tottenham

Shaiful Shamsudin
Ogos 13, 2022 07:10 MYT
Bekas pemain tengah Manchester City dan Barcelona, Yaya Toure, dilantik sebagai jurulatih Tottenham Bawah 16 tahun.
Toure pernah menjalin kerjasama dengan kakitangan akademi Spurs musim lalu dan bekas pemain antarabangsa Ivory Coast itu kini menggalas jawatan berkenaan secara tetap.
Pemain berusia 39 tahun itu memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama City dan dia juga pernah menjulang Liga Juara-Juara (UCL), LaLiga, Copa del Rey, Piala FA Inggeris, Piala Liga Inggeris dan Piala Negara-Negara Afrika sepanjang kerjaya gemilangnya.

We are pleased to confirm new staffing appointments within our Academy as we set out on the 2022/23 season.

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Spurs juga melantik bekas pemain sayap, Simon Davies, sebagai ketua metodologi kejurulatihan di akademi mereka.
Kelab London itu terlebih dahulu mendedahkan Jermain Defoe akan mengambil peranan baru dalam barisan kejurulatihan akademi selain bertindak sebagai duta kelab.
#Tottenham #Yaya Toure #EPL