WAFCON: Afrika Selatan raih gelaran pertama selepas tewaskan Maghribi

Muzaffar Musa
Julai 24, 2022 23:27 MYT
AFRIKA SELATAN 2 MAGHRIBI 1
Afrika Selatan memenangi gelaran pertama Piala Negara-Negara Afrika Wanita (WAFCON) selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Maghribi, dalam final malam tadi.
Hildah Magaia menjaringkan dua gol dari jarak dekad yang hanya dibezakan lapan minit dalam babak kedua di Rabat sebelum Rosella Ayane merapatkan jurang pada minit ke-80.
Sebelum ini, Afrika Selatan menamatkan lima edisi lalu sebagai naib juara, termasuk dalam edisi terakhir pada 2018 tetapi mereka kali ini menemui jalan untuk menjulang trofi di depan 52,000 orang penonton.
Maghribi, yang kali pertama beraksi dalam final kejohanan itu, akan menyertai Afrika Selatan dalam pusingan akhir Piala Dunia Wanita tahun depan, di samping dua semifinalis lain, iaitu Nigeria dan Zambia.

? ??? ????????? ?#TeamSouthAfrica win the #TotalEnergiesWAFCON2022 for the first time in their history! ?#TotalEnergiesWAFCON2022 | #EmpoweringOurGame pic.twitter.com/aaEyPvFPd2

— #TotalEnergiesWAFCON2022 (@CAFwomen) July 23, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #bola sepak wanita #Maghribi #Afrika Selatan