UNL: England berisiko turun liga selepas diaib Hungary

Muzaffar Musa
Jun 15, 2022 00:23 MYT
ENGLAND 0 HUNGARY 4
England berisiko untuk disingkirkan daripada saingan utama Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selepas diaibkan dengan kekalahan 0-4 di tangan Hungary di laman sendiri awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Gareth Southgate itu mempamerkan aksi hambar sepanjang tiga perlawanan pertama dan prestasi lebih buruk dipamerkan sewaktu melayan kunjungan Hungary, yang memenangi kedua-dua pertemuan dengan The Three Lions dalam saingan Kumpulan A3 bulan ini.
Kesilapan pertahanan pada awal permainan memberikan Hungary gol pembukaan, di mana Roland Sallai menghukum pasukan tuan rumah itu pada minit ke-16 di Stadium Molineux.
England berdepan kesukaran untuk mengancam penjaga gol lawan, Denes Dibusz, sebelum Sallai menemui jaringan kedua pada 20 minit terakhir.
Keadaan kian memburuk buat England apabila Zsolt Nagy dan Daniel Gazdag turut mencatatkan nama selaku penjaring Hungary, masing-masing pada minit ke-80 dan 89, yang mengapit kad merah buat John Stones pada minit ke-82.
Sebagai rekod, ia merupakan kekalahan terburuk The Three Lions di laman sendiri sejak 1982.

1928 - England have lost a home match by 4+ goals for the first since March 1928, when they lost 5-1 to Scotland. Staggering. pic.twitter.com/42wgHfQP4D

— OptaJoe (@OptaJoe) June 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #England #Hungary #Liga Negara-Negara Eropah