UCL: Trio serangan PSG 'bedil' kelab Israel

Muzaffar Musa
September 15, 2022 00:23 MYT
MACCABI HAIFA 1 PSG 3
Rangkaian tiga penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar, kesemuanya menjaringkan gol ketika kelab Perancis itu membenam wakil Israel, Maccabi Haifa, dalam aksi Kumpulan H, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di gelanggang lawan awal pagi tadi.
Tjaronn Chery terlebih dahulu mencipta kejutan apabila menjaringkan gol pendahuluan Maccabi Haifa pada minit ke-24 tetapi kelebihan itu hanya bertahan selama 13 minit sebelum Messi kembali menyamakan kedudukan -- menjaringkan gol dalam saingan UCL buat musim ke-18 berturut-turut.
PSG kemudian menamatkan perjuangan pasukan pelawat itu apabila Mbappe dan Neymar, masing-masing menemui sasaran pada minit ke-69 dan 88.
Dengan kemenangan itu, PSG kini mendahului carta Kumpulan H dengan enam mata maksimum selepas dua perlawanan dan berkelebihan jaringan ke atas pasukan di tangga kedua, Benfica, yang turut mengumpulkan enam mata selepas menewaskan Juventus 2-1 dalam satu lagi perlawanan.

The only player in history to score in 18 consecutive #UCL seasons. Messi ? pic.twitter.com/xKiaucnfG1

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) September 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #PSG #Liga Juara-Juara Eropah #Maccabi Haifa