Tottenham akur tiada kelibat Antonio Conte jumpa Marseille

Shaiful Shamsudin
November 1, 2022 03:29 MYT
Tottenham perlu akur bahawa Antonio Conte tidak akan bersama-sama mereka apabila bertandang ke Marseille dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi esok.
Demikian menurut pemain tengah Spurs, Pierre-Emile Hojbjerg, yang mengambil alih tugas sidang akhbar bersama penolong ketua jurulatih, Cristian Stellini, selepas Conte memutuskan untuk tidak ikut serta berikutan kad merah yang dikutipnya di penghujung pertemuan dengan Sporting CP, minggu lalu.
Pengurus Spurs tersebut berang selepas jaringan masa kecederaan Harry Kane ketika kedudukan 1-1 dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR) akibat ofsaid dan reaksinya itu mengundangnya dibuang padang.
Akibatnya, Conte akan dilarang daripada berada di garisan tepi atau di bilik persalinan untuk pertembungan penting Kumpulan D dengan Marseille di Stade Velodrome.
"Sudah tentu, ketua jurulatih anda merupakan sebahagian besar nadi pasukan," kata Hojbjerg kepada pemberita.
“Nasib baik dia mempunyai kakitangan dan pemain yang sangat bagus yang cukup sedar harapannya terhadap mereka dan kami akan cuba yang terbaik untuk mengisi peranannya.

3 - Spurs boss Antonio Conte has just three wins from his last 12 home matches in the UEFA Champions League (D7 L2), a run that encompasses spells with Chelsea and Inter. Turgid. pic.twitter.com/c5RvQB2ftG

— OptaJoe (@OptaJoe) October 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sama ada dia akan bersembunyi di dalam bakul dobi (merujuk Jose Mourinho berbuat demikian di Chelsea pada 2005 ketika digantung), saya tidak pasti.
"Dia seorang penmgurus yang mengharungi setiap perlawanan dengan semangat yang tinggi.
"Kami perlu memastikan bahawa kami membuat persediaan dengan baik seperti yang kami lakukan.
"Kami perlu akur bahawa dia tidak akan berada di tepi padang. Bagi saya ia bukan situasi yang sukar, ia lebih kepada situasi yang berbeza.
"Kami tahu apa yang perlu dilakukan dan merealisasikan cita-cita ini. Tumpuan kami adalah di atas padang dan apa yang perlu kami lakukan."
#Tottenham #UCL