Terbuka Transylvania: Magda Linette antara barisan pilihan tersingkir

Ammar Hakim
Oktober 12, 2022 22:57 MYT
Magda Linette merupakan antara pemain tenis berprofil tinggi mengalami penyingkiran dalam saingan Terbuka Transylvania selepas straight-set kepada Xinyu Wang.
Empat daripada pemain pilihan utama telah tersingkir di pusingan pertama di Cluj, dengan Lucia Bronzetti turut menyertai Linette, Ana Bogdan dan Marta Kostyuk turut ditunjuk jalan keluar di awal saingan.
Pilihan kelima, Linette tewas 6-2 6-4 oleh Wang, sementara pilihan kesembilan Bronzetti tewas 4-6, 6-2, 6-4 kepada pemain ke-89 dunia, Dalma Galfi.
Anna Bondar mara ke suku akhir selepas pilihan kelapan itu menang 7-6 (7-3), 6-4 ke atas Harriet Dart.

First into the quarterfinals ?[8] Anna Bondar slides past Dart, 7-6 (3), 6-4 in Cluj-Napoca.#TO2022 pic.twitter.com/Tuai8BcS3j

— wta (@WTA) October 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jasmine Paolini mengambil masa hanya 58 minit Untuk merekodkan kemenangan 6-4, 6-1 ke atas Dayana Yastremska.
Wakil Itali itu bakal bertemu Jule Niemeier, yang mengatasi Kamilla Rakhimova 6-4, 6-4.
#Tennis #Magda Linette #WTA #WTA Tour #Jasmine Paolini