Terbuka Jepun: Lee Zii Jia terkandas seawal pusingan pertama

Muzaffar Musa
Ogos 31, 2022 05:11 MYT
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, terkandas seawal pusingan pertama dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun selepas tewas kepada kepada pemain India, Kidambi Srikanth, di Osaka sebentar tadi.
Zii Jia, yang kini merupakan pemain keempat dunia, pada satu ketika ketinggalan 8-12 dalam set pertama sebelum cuba melakukan kebangkitan dengan mengikat kedudukan 16-16.
Bagaimanapun, sebaik menjejak angka 20, dia seakan-akan kehilangan fokus untuk membenarkan lawannya meraih lima mata berturut-turut dan mencatatkan kemenangan 22-20.
Skrip sama berulang dalam set kedua di mana Zii Jia terlebih dahulu berada di kedudukan mata akhir sebelum sekali lagi membenarkan Kidambi memperoleh dua mata berturut-turut untuk menjadikan 20-20 dan seterusnya memenangi pertarungan selama 38 minit itu 23-21.
Sebagai rekod, Zii Jia tidak pernah tewas kepada Kidambi sepanjang tiga pertemuan sebelum ini tetapi kali ini, dia terpaksa akur tersingkir awal selepas turut menamatkan saingan Kejohanan Dunia minggu lalu dalam pusingan ketiga.

RESULTS: #JapanOpen2022 R32#IND?? Kidambi Srikanth def. #MAS?? Lee Zii Jia(5) 22-20 23-21 ? @badmintonphoto #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/y9NKjFczdo

— BAM (@BA_Malaysia) August 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Lee Zii Jia #Badminton Terbuka Jepun