Terbuka AS: Djokovic akan terlepas aksi di Flushing Meadows

Ammar Hakim
Ogos 26, 2022 00:28 MYT
Novak Djokovic tidak akan bermain dalam Terbuka AS, grand slam kedua yang dia akan terlepas tahun ini kerana pendiriannya menolak vaksinasi COVID-19.
Juara Wimbledon itu mengumumkannya semalam, sejurus sebelum undian di New York, bahawa dia tidak akan membuat perjalanan ke Flushing Meadows.
Dia menyiarkan di media sosial: "Sayangnya, saya tidak akan dapat pergi ke NY kali ini untuk Terbuka AS."
Pemain Serbia berusia 35 tahun itu, yang telah memenangi 21 gelaran grand slam, menambah: "Selamat maju jaya kepada rakan-rakan pemain saya! Saya akan kekal dalam keadaan baik dan semangat positif dan menunggu peluang untuk bertanding semula. Jumpa anda tidak lama lagi dunia tenis!"
Djokovic, yang tewas kepada Daniil Medvedev pada perlawanan akhir tahun lalu di New York, laluannya ke Amerika Syarikat disekat oleh birokrasi kali ini.
Pihak berkuasa AS enggan membenarkan pelawat asing yang tidak divaksin memasuki negara itu. Djokovic, pemenang tiga kali Terbuka AS, berpegang teguh pada pendiriannya mengenai vaksin itu.
Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) berjanji untuk mematuhi ketetapan kerajaan mengenai protokol coronavirus, walaupun memasukkan Djokovic dalam senarai penyertaan Terbuka AS bulan lalu.
Bagaimanapun, dia terlebih dahulu dibenarkan masuk ke negara ini sebelum boleh mempertimbangkan untuk bertanding, dan itu di luar kuasa USTA.

Sadly, I will not be able to travel to NY this time for US Open. Thank you #NoleFam for your messages of love and support. ❤️ Good luck to my fellow players! I’ll keep in good shape and positive spirit and wait for an opportunity to compete again. ?? See you soon tennis world! ??

— Novak Djokovic (@DjokerNole) August 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Novak Djokovic #Tenis