Terbuka Australia: McDonald cipta kejutan singkir Nadal

Muzaffar Musa
Januari 18, 2023 09:26 MYT
Mackenzie McDonald mencipta kejutan terbesar dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia apabila menewaskan juara bertahan, Rafael Nadal, 6-4, 6-4, 7-5 dalam perlawanan pusingan kedua sebentar tadi.
Ini selepas jaguh Sepanyol, Nadal, kelihatan amat bergelut dengan kecederaan kaki yang dialaminya sepanjang pertarungan itu.
Kekalahan itu menyaksikan Nadal menjadi pemain pilihan utama pertama tersingkir dalam pusingan kedua kejohanan itu sejak Gustavo Kuerten menghadapi nasib sama pada 2001.
McDonald, dalam pada itu, akan menantikan pemenang di antara Yoshihito Nishioka dan Dalibor Svrcina bagi perlawanan pusingan ketiga esok.

Mission accomplished for @mackiemacster ?? The impressive American has beaten Nadal 6-4 6-4 7-5. @wwos@espn@eurosport@wowowtennis#AusOpen#AO2023 pic.twitter.com/fkaTpk11te

— #AusOpen (@AustralianOpen) January 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Rafael Nadal #ATP #Tenis #Grand Slam #Mackenzie McDonald #Tenis Terbuka Australia