Tenis Terbuka AS: Rafael Nadal makin selesa di Flushing Meadows

Shaiful Shamsudin
September 4, 2022 06:19 MYT
Rafael Nadal berkata kemenangannya dalam pusingan ketiga ke atas Richard Gasquet merupakan persembahan terbaiknya dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun ini tatkala dia berusaha kembali selepas kecederaan perut yang menamatkan kempennya dalam Kejohanan Wimbledon.
Sebelum Terbuka AS, Nadal hanya bermain sekali sejak menarik diri daripada separuh akhir Wimbledon menentang Nick Kyrgios pada awal Julai lalu, iaitu ketika tewas kepada Borna Coric dalam Terbuka Cincinnati.
Pilihan kedua kejohanan grand slam itu menewaskan Rinky Hijikata dan Fabio Fognini menerusi pertarungan empat set dalam dua pusingan pertama di Flushing Meadows sebelum kemenangan 6-0, 6-1, 7-5 ke atas pemain veteran Perancis, Richard Gasquet, dalam masa dua jam 17 minit sebentar tadi.
“Ini merupakan perlawanan terbaik saya dalam kejohanan ini,” katanya kepada pemberita.
"Mudah untuk mengatakannya kerana hari terdahulu adalah sukar.
"Tetapi peningkatan penting. Tetapi saya perlu teruskan. Ia kemenangan yang baik untuk saya. Saya memenangi straight set buat kali pertama. Set ketiga adalah satu cabaran. Dia meningkatkan tahap permainannya.
"Saya melalui beberapa detik sukar. Ia sesuatu yang baik untuk saya lalui dan selamatkan detik itu dengan perasaan positif. Tidak syak lagi saya gembira dapat berada di pusingan keempat."

Fired up ?@RafaelNadal captures his 30th night win on Ashe after taking out Gasquet 6-0, 6-1, 7-5.@usopen | #USOpen pic.twitter.com/1uzudf2loR

— ATP Tour (@atptour) September 4, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Rafael Nadal #Tenis