Sukan Komanwel: Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke final

Ammar Hakim
Ogos 7, 2022 12:49 MYT
Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, membawa cabaran ke final apabila menundukkan wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.
Ia merupakan aksi ulangan final berpasukan campuran selepas Pearly-M. Thinaah berjaya menoktahkan kemenangan 3-1 sekaligus memastikan pingat emas buat kontinjen negara.
Dalam perlawanan itu, beregu wanita negara itu menang dalam aksi dua set 21-17, 21-18 dan mereka sekali mempamerkan dominasi dalam set pembukaan.
Kemenangan 21-13 menyaksikan Pearly-M. Thinaah memegang kelebihan memasuki set kedua.
Pasangan India itu menampilkan permulaan yang baik dalam set kedua, namun Pearly-M. Thinaah membuktikan mereka memiliki keazaman yang lebih tinggi untuk ke final selepas memastikan kemenangan 21-16.
Menanti mereka di final adalah wakil tuan rumah, Chloe Birch-Laure Smith sekaligus memburu pingat emas buat kontinjen negara.
Sementara itu, pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, turut ke final selepas menewaskan S. Kidambi dalam pertembungan tiga set.
#badminton #Sukan Komanwel #Pearly Tan #M. Thinaah