Sukan Komanwel Birmingham: Skuad badminton sumbang dua lagi pingat gangsa

Muzaffar Musa
Ogos 8, 2022 08:23 MYT
Skuad badminton negara menyumbang dua lagi pingat gangsa dalam Sukan Komanwel Birmingham awal pagi tadi.
Selepas terkandas dalam separuh akhir, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memastikan kilauan pingat gangsa buat negara selepas menewaskan rakan sepasukan, Chan Peng Soon-Tan Kian Meng, 21-19, 11-21, 21-11.
Satu lagi pingat gangsa pula dimenangi beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, dengan menundukkan pasangan Scotland, Adam Hall-Julie Macpherson, 21-15, 21-17.
Sebagai rekod, kesemua pemain berkenaan turut membantu skuad negara memenangi pingat emas acara berpasukan campuran dengan menewaskan India 3-1 pada Rabu lalu.

Mata kemenangan Kian Meng & Pei Jing atas beregu dari Scotland untuk meraih pingat gangsa!#SemangatMenyengat #Birmingham2022 pic.twitter.com/7e55xLIB7x

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Sukan Komanwel Birmingham