Spinazzola beri asbab Itali perlu juarai Euro 2020 -- Mancini

Ammar Hakim
Julai 15, 2021 22:49 MYT
Roberto Mancini menjelaskan kecederaan Leonardo Spinazzola memberikan Itali 'sesuatu membuatkan mereka mahu memenangi ' Euro 2020.
Perjalanan Spinazzola dalam saingan Euro berakhir selepas mengalami kecederaan ketika mengatasi Belgium dalam aksi suku akhir.
Ia merupakan kecederaan serius apabila dia berhenti secara mengejut ketika melakukan pecutan dan rebah sambil mengeluarkan air mata.
Dia didapati mengalami kecederaan tendon achilles dan menjalani pembedahan 48 jam selepas perlawanan, menyaksikan dia terpaksa direhatkan enam hingga sembilan bulan.
"Spina merupakan pertahanan kiri terbaik dalam saingan Euro, dia merupakan pemain penting kepada pasukan -- kekuatan, kelajuan, teknik dan dia tidak berhak mengalami kecederaan dalam perlawanan yang sangat penting," kata Mancini.
"Ia merupakan sesuatu yang sukar diterima pasukan dan ia membuatkan pasukan memiliki sesuatu sebab mahu memenangi Euro. Melakukannya demi Spina ketika dia tidak mampu melakukannya demi pasukan."

Gli #Azzurri abbracciano #Spinazzola Torna presto Leo! ??#Coverciano#Nazionale ?? #Azzurri #VivoAzzurro pic.twitter.com/MVPbtembju

— Nazionale Italiana ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Vivo_Azzurro) July 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Itali melangkah ke final selepas mengatasi Sepanyol sebelum menjuarai Euro 2020 apabila menundukkan England menerusi penentuan penalti di Wembley.
Sumber: Football Italia