Skuad kebangsaan jejaskan Livepool -- Klopp tidak gemar waktu rehat antarabangsa

Muzaffar Musa
November 20, 2021 00:21 MYT
Jurgen Klopp berasakan bahawa Liverpool terjejas gara-gara waktu rehat antarabangsa.
Rekod 25 perlawanan tanpa kalah The Reds lebur di tangan West Ham dengan kekalahan 2-3 di Stadium London sebelum waktu rehat antarabangsa kali ini.
Kekalahan itu tiba selepas mereka terikat seri dengan Brighton and Hove Albion di Anfield dan dua keputusan itu telah meletakkan Liverpool ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, menjelang pertemua dengan Arsenal di laman sendiri awal pagi esok.
Berdasarkan prestasi itu, Klopp ditanya sama ada waktu rehat antarabangsa terakhir tahun ini sepanjang dua minggu lalu telah membantu pasukannya untuk kembali mendapatkan prestasi terbaik tetapi bekas jurulatih Borussia Dortmund itu hanya mentertawakan soalan berkenaan.

Next up, a return to action against @Arsenal ?? pic.twitter.com/CwPsUQp48y

— Liverpool FC (@LFC) November 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tidak, saya tidak gemar waktu rehat antarabangsa dan ia tidak membantu daripada sudut pandang tentang kecederaan," kata Klopp, yang mengesahkan Jordan Henderson, Andrew Robertson dan Fabinho akan menjalani ujian kecergasan terakhir manakala Sadio Mane pula cukup cergas untuk diturunkan.
"Jika kami bermain seminggu selepas itu, bukan tiga hari selepasnya, kesemua pemain yang tidak ada perlawanan akan mendapatkan cuti dua hari.
"Tetapi dengan pasukan kebangsaan, mereka akan terlalu banyak berlatih kerana jurulatih mereka juga mempunyai sasaran tersendiri dan kerap berfikir bahawa mereka masih perlu menjalankan latihan fizikal.
"Tidak, saya tidak menggemarinya. Jadi, ia tidak membantu. Saya lebih gemar untuk kami bermain pada hujung minggu (selepas menentang Wast Ham.
#bola sepak #Arsenal #Liverpool #Jurgen Klopp #Liga Perdana Inggeris