Serie A: Mourinho ratapi hilang Dybala, harap sempat pulih sebelum Piala Dunia

Muzaffar Musa
November 7, 2022 03:49 MYT
AS ROMA 0 LAZIO 1
Jose Maurinho meratapi ketiadaan Paulo Dybala selepas AS Roma tewas 0-1 dalam aksi 'derby' Serie A menentang Lazio awal pagi tadi tetapi berharap pemain kebangsaan Argentina itu akan kembali cergas sebelum saingan Piala Dunia Qatar pertengahan bulan ini.
Felipe Anderson memanfaatkan kesilapan Roger Ibanez untuk memastikan kemenangan penting Lazio bimbingan Maurizio Sarri ke atas seteru tradisi mereka itu, sekali gus melonjak ke tangga ketiga Serie A.
Pada ketika Lazio turun tanpa gandingan berpengaruh, Sergej Milinkovic-Savic dan Ciro Immobile, di Stadio Olimpico, Roma hanya dapat melakukan dua percubaan tepat tanpa kehadiran Dybala -- penjaring terbanyak mereka dengan lima gol liga setakat ini.
"Kita bercakap tentang Milinkovic-Savic dan Immobile, kita tidak bercakap tentang Dybala," kata Mourinho dalam sidang media selepas perlawanan itu.
"Saya fikir dia lebih penting kerana dialah yang membantu kami mendapatkan jaringan.
"Apabila kehilangan pemain seperti itu, kami menghadapi kesukaran," katanya.

3 - #Lazio have won 3 Serie A derbies against Roma in a row played in the first half of the season for the second time, after 1949/50, 1950/51 and 1952/53. Eagle.#RomaLazio #SerieA pic.twitter.com/Iu0iXDguVx

— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) November 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dybala direhatkan sejak 9 Oktober lalu gara-gara kecederaan hamstring tetapi Mourinho berharap agar dia akan kembali pulih menjelang perlawanan menentang Torino hujung minggu ini, sekali gus dapat memperkuatkan skuad kebangsaan Argentina dalam Piala Dunia Qatar.
"Amat jelas dia mahu bermain dalam Piala Dunia, pasti sukar untuk katakan tidak kepada perkara seperti itu," kata Mourinho kepada DAZN.
"Jika terdapat perkembangan yang baik mengenai kecederaannya, kami berharap agar akan dapat kembali khidmatnya menjelang perlawanan dengan Torino, Ahad ini."
#bola sepak #Jose Mourinho #Paulo Dybala #Lazio #Argentina #Serie A #AS Roma #Piala Dunia Qatar 2022