Semua ketua pasukan EPL pakai lilitan warna bendera Ukraine

Shaiful Shamsudin
Mac 3, 2022 04:36 MYT
Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan satu bentuk tanda sokongan kepada Ukraine bagi perlawanan akan datang.
Beberapa kelab utama telah pun bertindak balas terhadap pencerobohan Russia ke atas Ukraine itu dengan mendemonstrasi tindakan anti-perang mereka yang tersendiri.
Pemain Manchester City kelahiran Ukraine, Oleksandr Zinchenko, misalnya dipilih sebagai ketua pasukan dalam kemenangan Piala FA di Peterborough United, semalam, sebagai simbolik untuk meningkatkan kesedaran megenai ancaman perang.
Tetapi EPL sedia menganjurkan mesej sokongan buat Ukraine dalam 10 perlawanan minggu ini dengan 20 ketua pasukan kelab akan memakai lilitan tangan berwarna negara Ukraine.

#FootballStandsTogether pic.twitter.com/QpP8pfDsFh

— Premier League (@premierleague) March 2, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Liga Perdana dan kelab-kelab dengan sepenuh hati menolak tindakan Russia dan akan menunjukkan sokongan kepada rakyat Ukraine dalam semua perlawanan hujung minggu ini," menurut satu kenyataan.
"Kami menyeru keamanan dan kami bersimpati dengan semua pihak yang telah terjejas.
"Tanda solidariti buat Ukraine akan dapat dilihat dalam semua perlawanan EPL dari Sabtu ini hingga Isnin depan. Ini selepas pelbagai cara yang dilakukan kelab demi menunjukkan sokongan mereka."
#Russia #EPL #Liga Perdana Inggeris #Ukraine