Selangor FC umum pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih

Muzaffar Musa
September 24, 2022 12:32 MYT
Selangor FC hari ini secara rasmi mengumumkan pelantikan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, sebagai pengendali baru pasukan Gergasi Merah Kuning itu bagi saingan musim depan.
Cheng Hoe, 54, yang membimbing Harimau Malaya dari 2018 hingga 2021, pernah membawa skuad negara muncul naib juara Piala AFF pada 2018 selain memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) sewaktu membimbing Kedah memenangi Piala Malaysia pada 2016.
"Berdasarkan pencapaian dan pengalaman beliau, kelab ini percaya bahawa Tan Cheng Hoe merupakan calon terbaik untuk membawa pasukan ini ke peringkat lebih tinggi pada musim hadapan," kata Selangor FC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
"Selain pelantikan ketua jurulatih pasukan utama, Selangor FC juga ingin mengumumkan pelantikan penasihat teknikal pasukan utama yang bakal digalas oleh bekas pemain dan juga seorang lagenda Gergasi Merah, K. Sanbagamaran.
"Selain pernah menjadi ketua pasukan Selangor, K. Sanbagamaran juga mempunyai lebih 300 penampilan serta telah memenangi sembilan kejuaraan bersama pasukan ini. Untuk makluman, pihak kelab juga akan membuat beberapa pengumuman rasmi berkenaan pelantikan pengarah sukan dan pengarah teknikal dalam masa terdekat.
"Selangor FC ingin mengucapkan terima kasih kepada Nidzam Jamil yang telah mengemudi pasukan sebagai ketua jurulatih interim sepanjang tempoh kekosongan ini dan beliau kini akan kembali memegang jawatan sebagai penolong jurulatih kepada Tan Cheng Hoe.

Selangor hari ini mengumumkan pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC yang baru. Baca artikel penuh mengenai pelantikan ini di laman https://t.co/DIuHO90qqd dan klik pada bahagian berita atau melalui pautan ini : https://t.co/6cotRSD72n#TCHKiniMerahKuning pic.twitter.com/wF4Jb4Dwty

— Selangor FC (@selangorfc) September 24, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kredit foto: Selangor FC
#bola sepak #Tan Cheng Hoe #Liga Super Malaysia #Selangor FC