Sancho tidak layak wakili England dengan prestasi semasa -- Southgate

Ammar Hakim
Oktober 1, 2021 03:05 MYT
Pengendali England, Gareth Southgate, mengakui Jadon Sancho telah dipanggil untuk tugas antarabangsa walaupun dia tidak layak mendapat tempat berdasarkan prestasi semasa.
Pemain sayap berusia 21 tahun itu bergelut sejak berhijra dari Borussia Dortmund ke Manchester United, gagal merekodkan sebarang jaringan atau assist dalam lapan penampilan.
Ternyata dia gagal meneruskan rentak statistik yang dilakukan musim lalu di Dortmund, selepas dia mrerekodkan 16 gol dan 18 assist dalam 38 perlawanan sepanjang saingan Bundesliga, Liga Juara-Juara dan DFB-Pokal.
Sancho turut dihadkan dengan hanya satu penampilan dalam skuad utama dan dua penampilan sebagai pemain gantian ketika England mara ke fnial Euro 2020 sebelum tewas kepada Itali menerusi penalti, dengan pemain terbaru United itu gagal menyempurnakan penalti selepas dibawa masuk.
Southgate masih menyenaraikan Sancho dalam skuad England 23 pemain bagi aksi kelayakan Piala Dunia ke atas Andorra dan Hungary, bagaimanapun, dan ingin meyakinkan pemain muda itu ketika dia melalui jalan yang sukar.

8 - Jadon Sancho has not scored or assisted in any of his eight appearances for Man Utd, this after registering five goals and five assists in his final eight appearances for Borussia Dortmund. His longest run without a goal or assist at Dortmund was seven games. Misused? pic.twitter.com/G8HwBZx7Gd

— OptaJoe (@OptaJoe) September 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Adakah dia layak berada di [skuad England] dalam persembahan ini selama beberapa minggu terakhir? Mungkin, tidak," kata Southgate.
"Tapi saya rasa kami telah melabur di Jadon bagi jangka masa tertentu, kami yakin dia dapat mencapai tahap yang tinggi.
"Saya mahu bertemu dan berbincang dengannya dan membantu untuk melalui tempoh sukar yang dilalui ketika bersama Manchester United dan mahu menyatakan bahawa kami kekal meletakkan kepercayaan kepadanya."
#Manchester United #Borussia Dortmund #England #Gareth Southgate #Jadon Sancho