Rentak tekal beri kejayaan manis Chun In-gee

Shaiful Shamsudin
Jun 27, 2022 03:15 MYT
Pemain Korea Selatan, Chun In-gee, mempertahankan pendahuluannya untuk memenangi Kejohanan Golf PGA Wanita dengan satu pukulan, walaupun menamatkan hujung minggunya dengan 75 pukulan.
In-Gee menamatkan kempennya dengan lima di bawah par untuk memenangi kejuaraan utama ketiganya yang menyaksikannya memasuki hujung minggu dengan pendahuluan selesa selepas pusingan 64 dan 69 untuk meletakkannya di bawah 11 par -- enam pukulan di hadapan pencabar terdekat.
Hanya sembilan pemain menamatkan kejohanan ini di bawah par, secara tidak langsung menggambarkan kesukaran kempen di Congressional Country Club itu.

Back on top once again! ?@ingeechun_dumbo is a three-time major champion! ? pic.twitter.com/cENE1OlbWy

— LPGA (@LPGA) June 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Minjee Lee dari Australia yang masih segar menikmati kejayaan Terbuka Amerika Syarikat pula di tangga kedua di samping pemain AS, Lexi Thompson.
Thompson memasuki hari terakhir pertandingan dengan lima pukulan di bawah par dan melakukan pukulan 73 pukulan untuk dipisahkan dengan satu pukulan, manakala Minjee mara dengan dua pukulan di bawah par sebelum mencatat empat di bawah par di 16 lubang terakhirnya dengan 70 pukulan.
Atthaya Thitikul dari Thailand menduduki tempat keempat di hadapan kelompok lima yang terikat di tempat kelima.
#Golf