Ranking FIFA: Harimau Malaya melonjak ke tangga ke-146 dunia

Muzaffar Musa
Oktober 6, 2022 08:46 MYT
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa ranking skuad negara kini naik dua anak tangga ke kedudukan ke-146 dunia.
Ia berdasarkan kemas kini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
Sebagai rekod, Harimau Malaya menduduki tangga ke-148 dunia pada 25 Ogos lalu dan kini mempunyai masa lebih dua bulan menjelang kemas kini seterusnya pada 22 Disember depan.
Pencapaian terbaik Malaysia adalah menduduki ranking ke-79 dunia pada 1993 manakala rekod terburuk pula adalah ketika berada di kedudukan ke-176 dunia pada 2018.
#bola sepak #Harimau Malaya #Persatuan Bolasepak Malaysia